Satu Dorongan atau Paksaan?

Pernahkah kamu berada di situasi yang sebegini? Ramai yang tidak sedar mengenai perkara ini. Malah mengakibatkan salah faham dan akhirnya pergaduhan dan persengketaan ada yang berpanjangan.

Golongan yang merasakan bahawa setiap kata-kata, perbuatan dan apa jua reaksi terhadap golongan yang ditimpa musibah adalah satu cara dan bentuk dalam memberikan dorongan. Saya percaya tujuannya semata-mata adalah untuk memberi motivasi dan insiprasi kepada mereka supaya bangkit dan terus berjuang. Malah mereka mahu melihat kejayaan demi kejayaan selepas kejatuhan yang dialami. Sungguh niat dan juga tindakan itu murni. Tidak dinafikan bahawa golongan yang jatuh itu tak terungkap betapa terima kasih dan bersyukur atas segala bentuk usaha yang diberikan kepadanya.

Namun begitu, ada beberapa perkara kita perlu ingat bahawa tindakan kita boleh di salah ertikan sebagai satu paksaa untuk mereka bangkit dari kecelakaan yang menimpanya. Sehinggakan golongan yang tersungkur ini beranggapan bahawa perbuatan dan tindakan mereka bermaksud sinis dan beranggapan bahawa persepsi mereka kepada golongan yang diuji itu adalah tidak sesekali mahu bangkit dari kegagalan dan tidak mahu melihat kejayaan. Itu satu konflik di dalam isu ini.

Terus terang saya katakana bahawa tidak ada manusia yang diuji tidak mahu bangkit dan terus melangkah dan mencapai kejayaan. Malah terlalu banyak contoh yang bole kita ambil dalam sejarah ketamadunan manusia yang mana kejayaan yang dimiliki hasil daripada kecelakaan, musibah dan rintangan yang dialami oleh mereka.

Sejujurnya mereka juga tidak memerlukan dorongan dari kamu. Tidak sedikit pun mereka merasakan dengan hanya dorongan luaran seperti itu semata-mata dapat melonjakkan motivasi mereka sehinggakan derapan langakh mereka menuju kejayaan semakin pantas. Ingat, mereka tidak perlukan kamu!

Bagaimana perkara ini terjadi? Pertama sekali adalah tindakan dorongan tersebut bukanlah lahir dari hati yang benar-benar ikhlas untuk membantu sehingga berjaya. Tindakan itu lahir atas rasa simpati semata-mata dan akhirnya tindakan dorongan itu dilakukan kerap dan intensity lebih kuat .

Contoh yang kita boleh ambil adalah apabila seorang pelajar yang gagal di dalam pelajarannya (kita gelar pelajar ini dengan nama A) manakala rakan sekelasnya pula seorang sahabat yang prihatin dan ingin membantu si A (kita gelar pelajar dengan nama B).

Si B ini tadi, pada mulanya dating berjumpa dengan si A dan bertanyakan masalah dan sekiranya perlu diberikan bantuan si B sanggup dan bersedia untuk membantu. Persahabatan mereka sememangnya sudah akrab dari kecil lagi. Langkah yang diambil oleh si B pada mulanya adalah dengan mengajar si A apabila dipinta oleh si A. Setiap hari diberikan dorongan dan kata-kata semangat kepada si B, malah kata-kata tersebut sangatlah positif.

Dek kerana si A ini terlbat dengan aktiviti gangsterism yang diketahui oleh si B, maka si B tidak lekang mengingkatkan si A terus meninggalkan perbuatan tersebut dan terus fokus kepada pelajarannya. Perbuatan si A hanya merugikan diri dan masa depan si A. Dorongan tersebut makin lama makin kerap dan kata-kata atau perbuatan si B terhadap si A seolah-olah menyindir si A dan beranggapan si A tidak sama sekali berusaha atah lagi mahu berubah. Lama kelamaan si A merasa rimas dan beranggapan bahawa si B suka membebel dan tidak sama sekali cuba memahami si A yang mana si A sememangnya sedang sungguh-sungguh melangkah berjuang cuma soalnya masa belum lagi menampakkan hasilnya.

Inilah kesalahan yang pertama, dorongan menjadi paksaan sekiranya tindakan itu lebih kepada bebelan semata-mata. Cukuplah kita mempercayai rakan kita dan menasihati sekali atau selang masa yang tidak merimaskan atau memberikan persepsi negatif kepada tindakan kita.

Kedua adalah kepercayaan yang tidak berbelah bahagi kepada orang yang ditimpa musibah. Kita haru percaya walau pun kadang kala ada perkara yang kita curigai tentang tindakan dan perbuatan mereka. Sebagai contoh si A tidak hadir ke kelas beberapa kali dan si A tidak pula memaklumkan kepada si B atau sesiapan pun sehinggakan tindakan si A tersebut dicurigai oleh si A. Tanpa membuat sebarang penyiasatan yang wajar maka si B membuat kesimpulan bahawa si A telah kembali ke perangai yang lama dan akhirnya telah berkofrantasi dengan si A maka tidak dapat dielakkan lagi berlakunya konflik antara mereka yang boleh membawa kepada permusuhan.

Percayalah sesungguhnya pasti ada sebab sesuatu tindakan tersebut dilakukan oleh si A dan tidak terlalu mudah untuk membuat kesimpulan yang melulu. Siasat jika tidak percaya, cari maklumat, bertanya dengan benar-benar berhikmah. Bukan dengan cara menuduh apatah lagi berkonfrantasi secara keras. Maka natijahnya dorongan akan berakhir dengan satu paksaan yang membawa kepada persengketaan.

Ketiga adalah tidak memukul secara rata semua insan adalah sama atau lebih mudah untuk difahami adalah suka membandingkan di antara satu sama lain. Pertama sekali, hendaklah kita ketahui bahawa setiap manusia dan individu itu adalah berbeza-beza dan tidaklah sama sekali akan mempunyai persamaan 100% sama.

Sudah tentu kita tidak suka disbanding-bandingkan dengan sesiapa pun. Sama ada golongan yang ditimpa musibah atau isu persoalan yang sama atau pun isu yang berbeza. Kami tidak suka dibandingkan. Bahkan percayalah bahawa rezeki dari Allah itu berbeza dan sesuai serta bertepatan dengan golongan yang ditimpa musibah seperti kami. Kami percaya Tuhan tidak zalim, sudah pasti perancangan yang ada tidak akan sama sekali seperti yang kita sangka kan. Kuncinya adalah terus bersabar, istiqamah dan yakin dalam setiap langkah untuk berjaya.

Dek kerana tidak sabar dan gopoh maka si B terus meneru menekan si A. Maka dorongan sekali lagi dianggap paksaan oleh si B. Jesteru itu, jangan sesekali beranggapan bahawa setiap perbuatan dan tindakan yang kita lakukan adalah untuk memberikan dorongan.

Berwaspadalah dengan setiap tindak tanduk kita yang mana kita beranggapan bahawa tindakan itu sebagai satu dorongan yang mana menjadi lubuk mengumpul amal dan pahala akhirnya menjadi lubuk dosa dan permusuhan. Bersederhanalah dengan penuh berhikmah.

Advertisements

Empunya Nama Nailah Farafishah

Syukur! Setinggi-tinggi pujian bagi Ilahi yang telah merencanakan setiap aturan kehidupan kita dengan penuh kebaikan dan manfaat dalam diri kita walaupun kita tidak kuat melalui kerenah ujian yang turun tanda ada petanda untuk berhenti. Marilah kita bersama-sama menjadikan diri kita termasuk di kalangan orang-orang yang bersyukur. Moga Allah memberikan berlipat ganda nikmat kehidupan.

“Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu, dan demikian sesungguhnya, jika kamu kufur, sesungguhnya Azabku amatlah keras.”

Ibrahim : 7

Sudah 3 tahun mejadi seorang ayah yang memikul amanah dan tanggungjawab bagi mendidik, mengasuh serta membesarkan puteriku yakni Nailah Farafishah. Sungguh terlalu cepat masa berlalu, seakan-akan baru semalam tangan ini memegang umbun-umbun Nailah yang mana ketika itu membantu dalam proses kelahiran anak kecil ini. Kedua-dua belah tangan inilah yang mengeluarkan lilitan tali pusat yang menyimpul lehernya (cord x1) lalu memutuskan tali pusat daripada urinya. Prosesnya cepat dan mudah. Selamat Hari Lahir anakku sayang!

DI SEBALIK NAMA NAILAH FARAFISHAH

Seingat ayah, semasa kamu masih di dalam kandungan telah diputuskan beberapa nama yang ingin diberikan kepada kamu. Ketika itu, tidaklah dapat dipastikan berkenaan jantina menyebabkan nama itu tidak ditetapakan lagi walaupun pada penhujung ultrasound ada doktor yang mengesahkan bahawa jantina kandungan itu adalah perempuan dan hidungya tidaklah mancung seperti ibunya, ikut ayah barang kali.

Namun begitu, nama Nailah Farafishah telah pun dipilih sekiranya betul yang lahir adalah anak perempuan. Malah di penghujung kehamilan ayah sudah memangil kamu dengan panggilan Nailah. Ketika itu ayah sangatlah teruja dan gembira.

Nailah, tahukah kamu nama Nailah Farafishah itu bersempena dengan nama seorang tokoh besar. Dalam memberikan nama kepada kamu, kami ketika itu sebagai ibu bapa mahu roh kekuatan dan nilai keperibadian tokoh itu akan meresap dalam jiwa dan tubuh kamu. Dan akhirnya membesarlah kamu menjadi srikandi Islam yang membantu terus menerus dalam usaha memperkasakan syariah. Begitulah besarnya harapan kami pada kamu, lahirnya kamu satu perkara yang telah dirancang dan diaturkan sebaiknya, malah sebelum kamu lahir lagi telah ada beberapa perancangan dalam proses mentarbiyah kamu.

Jadi, siapakah Nailah Farafishah? Apa sumbangannya dalam dunia Islam. Apakah sumbangnya? Nailah Binti Farafishah itu sebenarnya adalah isteri kepada Khalifah kita yang ketiga yakni Saidina Uthman Bin Affan. Kisahnya yang mempertahankan Saidina Uthman Bin Affan tatkala rumah khalifah itu di kepung oleh pemberontak yang mahu membunuh Khalifah adalah satu keperibadian unggul bagi seorang wanita muslimah. Kecintaan dan kesetiaannya kepada sang suami tanpa ada satu keraguan dalam hatinya menyebabkan hadir keberanian menghalang memberontak daripada membunuh Khalifah sehinggakan terputus jari jemarinya.

Tinggi nilai keperibadian yang ditonjolkan olehnya. Walaupun bukanlah berketurunan Quraisy tetapi akal pemikiran yang dimilikinya membantu Khalifah mengurus tadbir dengan baik. Malah rupa parasnya juga cantik dan menawan. Walaupun jarak usia yang begitu jauh tidaklah menyebabkan alasan untuk Nailah menolak pinang Sang Dzun Nurain. Di sinilah hikmahnya bahawa kecintaan dan kesetiaan itu adalah lahir dari rasa tanggungjawab dan amanah bukanlah perkahwinan itu didirikan atas keterpaksaan apatah lagi nafsu semata-mata.

Peribadi Unggul Menawan Dunia

Oleh yang demikian anakku, janganlah kamu merasakan nama yang diberikan kepadamu itu adalah seperti nama-nama orang lain seolah-olah biasa dan tidak memberikan signifikan dan impak dalam kehidupan kamu yang mendatang. Besar harapan dan cita-cita ayah, mahu melihat kamu membesar menjadi anak yang solehah, penyejuk mata dan penenang jiwa.

Malah ketika usia kamu sudah dewasa, kamu juga mempunyai aura keperibadian yang tinggi bagi mempengaruhi masyarakat dengan nilai-nilai murni dan terus menghidupkan kembali hati masyarakat yang sudah mati. Kelak bila sampai waktu dan ketikannya kamu bernikah, maka jadikanlah pernikahan kamu itu sebagai satu pernikahan yang membawa rahmah ke atas diri kamu dan juga masyarakat sekeliling. Sungguh keluarga itu adalah satu institusi yang perlu dijaga dengan begitu rapi dan hati-hati. Hal ini kerana keluarga itu merupakan satu unit asas dan yang pertama dalam mendidik serta membangunkan masyarakat madani yang berpegang teguh dengan prinsip Islam.

Akhir sekali, Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke-3 Nailah, sungguh banyak kerja yang perlu sama-sama kita lakukan di dalam keterbatasan waktu dan halangan yang dicipta oleh manusia yag tidak rela dan redha dengan kita. Ayah sayang kamu!