Empunya Nama Nailah Farafishah

Syukur! Setinggi-tinggi pujian bagi Ilahi yang telah merencanakan setiap aturan kehidupan kita dengan penuh kebaikan dan manfaat dalam diri kita walaupun kita tidak kuat melalui kerenah ujian yang turun tanda ada petanda untuk berhenti. Marilah kita bersama-sama menjadikan diri kita termasuk di kalangan orang-orang yang bersyukur. Moga Allah memberikan berlipat ganda nikmat kehidupan.

“Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu, dan demikian sesungguhnya, jika kamu kufur, sesungguhnya Azabku amatlah keras.”

Ibrahim : 7

Sudah 3 tahun mejadi seorang ayah yang memikul amanah dan tanggungjawab bagi mendidik, mengasuh serta membesarkan puteriku yakni Nailah Farafishah. Sungguh terlalu cepat masa berlalu, seakan-akan baru semalam tangan ini memegang umbun-umbun Nailah yang mana ketika itu membantu dalam proses kelahiran anak kecil ini. Kedua-dua belah tangan inilah yang mengeluarkan lilitan tali pusat yang menyimpul lehernya (cord x1) lalu memutuskan tali pusat daripada urinya. Prosesnya cepat dan mudah. Selamat Hari Lahir anakku sayang!

DI SEBALIK NAMA NAILAH FARAFISHAH

Seingat ayah, semasa kamu masih di dalam kandungan telah diputuskan beberapa nama yang ingin diberikan kepada kamu. Ketika itu, tidaklah dapat dipastikan berkenaan jantina menyebabkan nama itu tidak ditetapakan lagi walaupun pada penhujung ultrasound ada doktor yang mengesahkan bahawa jantina kandungan itu adalah perempuan dan hidungya tidaklah mancung seperti ibunya, ikut ayah barang kali.

Namun begitu, nama Nailah Farafishah telah pun dipilih sekiranya betul yang lahir adalah anak perempuan. Malah di penghujung kehamilan ayah sudah memangil kamu dengan panggilan Nailah. Ketika itu ayah sangatlah teruja dan gembira.

Nailah, tahukah kamu nama Nailah Farafishah itu bersempena dengan nama seorang tokoh besar. Dalam memberikan nama kepada kamu, kami ketika itu sebagai ibu bapa mahu roh kekuatan dan nilai keperibadian tokoh itu akan meresap dalam jiwa dan tubuh kamu. Dan akhirnya membesarlah kamu menjadi srikandi Islam yang membantu terus menerus dalam usaha memperkasakan syariah. Begitulah besarnya harapan kami pada kamu, lahirnya kamu satu perkara yang telah dirancang dan diaturkan sebaiknya, malah sebelum kamu lahir lagi telah ada beberapa perancangan dalam proses mentarbiyah kamu.

Jadi, siapakah Nailah Farafishah? Apa sumbangannya dalam dunia Islam. Apakah sumbangnya? Nailah Binti Farafishah itu sebenarnya adalah isteri kepada Khalifah kita yang ketiga yakni Saidina Uthman Bin Affan. Kisahnya yang mempertahankan Saidina Uthman Bin Affan tatkala rumah khalifah itu di kepung oleh pemberontak yang mahu membunuh Khalifah adalah satu keperibadian unggul bagi seorang wanita muslimah. Kecintaan dan kesetiaannya kepada sang suami tanpa ada satu keraguan dalam hatinya menyebabkan hadir keberanian menghalang memberontak daripada membunuh Khalifah sehinggakan terputus jari jemarinya.

Tinggi nilai keperibadian yang ditonjolkan olehnya. Walaupun bukanlah berketurunan Quraisy tetapi akal pemikiran yang dimilikinya membantu Khalifah mengurus tadbir dengan baik. Malah rupa parasnya juga cantik dan menawan. Walaupun jarak usia yang begitu jauh tidaklah menyebabkan alasan untuk Nailah menolak pinang Sang Dzun Nurain. Di sinilah hikmahnya bahawa kecintaan dan kesetiaan itu adalah lahir dari rasa tanggungjawab dan amanah bukanlah perkahwinan itu didirikan atas keterpaksaan apatah lagi nafsu semata-mata.

Peribadi Unggul Menawan Dunia

Oleh yang demikian anakku, janganlah kamu merasakan nama yang diberikan kepadamu itu adalah seperti nama-nama orang lain seolah-olah biasa dan tidak memberikan signifikan dan impak dalam kehidupan kamu yang mendatang. Besar harapan dan cita-cita ayah, mahu melihat kamu membesar menjadi anak yang solehah, penyejuk mata dan penenang jiwa.

Malah ketika usia kamu sudah dewasa, kamu juga mempunyai aura keperibadian yang tinggi bagi mempengaruhi masyarakat dengan nilai-nilai murni dan terus menghidupkan kembali hati masyarakat yang sudah mati. Kelak bila sampai waktu dan ketikannya kamu bernikah, maka jadikanlah pernikahan kamu itu sebagai satu pernikahan yang membawa rahmah ke atas diri kamu dan juga masyarakat sekeliling. Sungguh keluarga itu adalah satu institusi yang perlu dijaga dengan begitu rapi dan hati-hati. Hal ini kerana keluarga itu merupakan satu unit asas dan yang pertama dalam mendidik serta membangunkan masyarakat madani yang berpegang teguh dengan prinsip Islam.

Akhir sekali, Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke-3 Nailah, sungguh banyak kerja yang perlu sama-sama kita lakukan di dalam keterbatasan waktu dan halangan yang dicipta oleh manusia yag tidak rela dan redha dengan kita. Ayah sayang kamu!

Advertisements

#fatherhood : Respon Salah Tafsiran Peranan Bapa.

Baru-baru ini saya telah dimaklumkan mengenai satu conversation mengenai peranan seorang bapa dalam tumbesaran anak mereka. Pada mulanya saya serba salah, sama nak respons atau tidak. Maklumlah persepktif masyarakat Melayu, bila ditegur sahaja maka mudah melenting. Lebih-lebih lagi yang menegur itu bukanlah dikalangan mereka yang bukan sesiapa, sekadar orang biasa yang seolahnya mempunyai agenda tersendiri.

Namun begitu, hati ini dengan rasa penuh rendah diri memohon hidayah petunjuk kepada Ilahi, memohon agar respons ini tidak mengguris hati namun membuka minda dan hati supaya kesemuanya memperoleh redha Ilahi.

Jesteru itu, jari-jemari ini perlahan-lahan, menekan papan kekunci untuk terus menulis bagi memberikan kefahaman dan ilmu kepada si dia dan seluruh dunia. Moga-moga tulisan itu menjadi rantaian pahala bekalan untuk diri ini. Semuanya bermula atas keyakinan Allah itu ada, maka bacalah kalian respon saya seperti di bawah; Continue reading #fatherhood : Respon Salah Tafsiran Peranan Bapa.

Legalitasi atau Mediasi?

Kebanyakan orang kita apabila bertelagah ada sahaja nak saman menyaman antara satu sama lain. No discussion, let court decide who is right and who is guilty. Is it simple as that?

Hell no!

Cuba kita tanya diri sendiri adakah kita lebih suka kepada arahan yang diberikan kepada kita yang belum lagi pasti arahan itu menurut kehendak kita ataupun kita ada pilihan rundingan yang mana kita boleh dapat kehendak kita walaupun bukan semua? Jadi mana satu pilihan anda?

Saya percaya ramai akan pilih pilihan pertama dapat perintah mahkamah. Kenapa? Itulah nama ego manusia yang menundukkan akal fikiran yang waras. Ramai yang percaya bila buat tuntutan di Mahkamah mereka akan menang dan dapat apa yang mereka mahu.

Tak kisah sama ada kes sivil atau kes syariah, masing² akan bertegang urat ke mahkamah berbanding duduk berbincang bersama untuk capai kata sepakat. Mungkin ada yang berlaku. Tapi statistiknya sedikit.

Sebelum ke Mahkamah kita perlu ambil tahu soal bukti yang kita ada kukuh untuk sabit kesalahan dan mahkamah akan membenarkan permohonan atau tuntutan kita. Jika bukti itu samar, kurang jelas maka tak usaha dipanjangkan cerita. Baca sedikit berkaitan undang-undang sebelum kamu benar² mahu teruskan proses legalitasi. Paling mudah ambil tahu berkenaan akta prosedur berkaitan dan undang² berkaitan keterangan juga.

Sudah tentu bila mana kamu berjumpa peguam pasti mereka akan katakan “Yes, we can win!” Atau pun “We can do something with it,” Walaupun bukti tak boleh capai kes prima pun. Kenapa? Sebab kamulah periuk nasi mereka. Bukanlah memperjuangkan keadilan untuk kamu misi pertama mereka tetapi memberi sesuap nasi pada isteri dan anak² itulah lebih utama. Bukan salah mereka, bukan juga salah kamu.

Sebenarnya tidak ramai tahu bernegosiasi, kerana ego yang menebal dalam diri sanggup ambil risiko kerugian serta membazir duit, tenaga dan masa. Kuasa medisiasi ini menyebabkan semua pihak mendapatkan ketenangan dan kemahuan masing-masing. Bagaimana untuk berjaya dalam proses ini? We definitely will discuss in futures. As soon as possible.