Gender Bias di Mahkamah : Auta atau Fakta?

Ketika permulaan mengenali Peguam Syarie saya antara nasihat yang saya masih lagi segar dalam ingatan saya adalah siap sedia bila masuk ke Mahkamah. Sudah menjadi kebiasaan bahawa bahawa golongan lelaki akan “kene” semasa proses perbicaraan. Tidak kira sama ada kita betul atau salah, kita baik atau buruk mahu pun kita di pihak yang benar sekali pun apabila soal perundangan keluarga menjadi isu pertelingkahan di mahkmah, lebih-lebih lagi bila mana isu berkaitan hak hadhanah (hak jagaan anak) menjadi kausa yang diadili.

Ketika itu mejadi persoalan kepada saya tentang maksud nasihat itu. Apakah keadilan itu mempunyai jantina? Apakah keadilan itu mempunyai kecenderungan ke atas sesuatu? Jika keadilan begitu rupa, apakah perlu kita lanjutkan perbicaraan sedangkan sudah ada keputusan. Sudah tentu, kita tidak mahu ini sekadar formaliti semata-mata

KAJIAN SARJANA

Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan oleh para sarjana mengenai isu yang diketengahkan ini. Namun secara peribadi saya merasakan tidaklah sesuai dibahaskan secara umum dan mendalam disebabkan perlindungan “kebal” yang diberikan kepada institusi kehakiman yang mana boleh membawa kepada penghinaan sekiranya diperbahaskan secara terbuka. Ini termaktum di dalam Akta Mahkamah Kehakiman 1969.

Tiada seorang pun Hakim atau seorang yang lain bertindak secara kehakiman atau seorang lain yang bertindak secara kehakiman boleh dibawa guaman terhadapnya di dalam mana-mana mahkamah sivil kerana apa-apa perbuatan yang dilakukan atau diperintahkan supaya dilakukan olehnya dalam menjalankan tugas kehakimannya, sama ada atau tidak dalam had bidang kuasanya, dan tiada apa-apa perintah bagi kos boleh dibuat terhadapnya, dengan syarat bahawa pada masa itu dia dengan suci mempercayai yang dia mempunyai bidang kuasa untuk melakukan atau memerintahkan perbuatan itu.

Akta Makhkamah Kehakiman 1964 (Akta 91)

Amalan ini juga digunapakai oleh Mahkamah Syariah di seluruh negara yang mana setiap peruntukan undang-undang negeri ada menyebut perihal kekebalan kepada Institusi Kehakiman Syariah. Oleh yang demikian, saya akan mengemukan fakta dan persoalan ilmiah yang mana diambil daripada kajian ilmiah para sarjana yang terdahulu tanpa penghuraian lanjut. Aubree Smith telah menulis kajiannya yang bertajuk Gender Discrimination in Child Custody Battle.

Malah, Selfridge pada tahun 2007 telah menyatakan bahawa walaupun terdapat usaha-usaha untuk membasmi bias di antara jantina di Mahkamah adalah sukar lebih-lebih lagi melibatkan pertikaian Hak Jagaan Anak.

Some efforts have been made in protecting gender nutreality in divorced court, however, “equal protection challanges to custody awards have been dificult to maintain”

Selfrdige, 2007

Mana tidaknya, terdapat statut dan seksyen yang sebenarnya adalah gender bias. Sebagai contoh Seksyen 82 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003. Namun begitu, terdapat susur galur bagi mendapatkan hak jagaan anak. Saya tidak mahu mengulas lanjut, kerana bacaan saya yang masih sedikit dan sudah tentu ini berkait dengan Syiar Islam. Akan tetapi, saya yakin bahawa Islam itu menegakkan keadilan tanpa mengira jantina. Keadilan itu tidak mengenal jantina, latar belakang sosioekonomi apatah lagi keturunan.

Seperkara yang menarik dalam penulisan Aubree Smith menyatakan bahawa istilah ‘child best interest’ adala seseuatu perkara yang rapuh, tidak objektif. Tidak ada kriteria atau ketetapan yang diberikan bagi memandu Hakim untuk mencapai maksud ‘child best interest’.

Since the best interst standard is extremly vague, what is considered to be the child’s best interest is left up to the personal opinion of the judges. Therefore, if a family court judge views mothers to be better suited to raise a child tha fathers, they are more inclined to rule in favor of the mothers. Many judges can use the inherent vagueness of his standard to cover up their gender biased approach in ruling on child custody cases.

Aubree Smith

Satu kajian pernah dijalankan oleh Hoffman and Moon yang mana hasil dapatannya bahawa hak jagaan anak diberikan kepada individu yang boleh menunjukkan sifar feminine dalam mengasuh anak tersebut.

Judges who continously to vote in favor of mother reflect the cultural sterotype that mothers are a child’s primary parent because they are naturally more capable caregivers than fathers.

When two parents were described, one with traditionally feminine qualities and the other with traditionally masculine qualities, the majority of participants awarded the custody to the parent with traditional feminine qualities.

Hoffman and Moon, 2009

Rumusan

Saya tinggalkan pembaca dengan persoalan apakah sebenarnya wujud gender bias di kalangan Hakim semasa menentukan Hak Jagaan Anak? Sama ada ada atau pun tidak, perlulah kita pastikan terlebih dahulu bahawa kebajikan anak itu harus diutamakan. Walaupun anda seorang ibu, tetapi tidak mampu menyediakan keperluan asas, mengancam keselamatan dan kesihatan anak serta tidak mempunyai apa-apa perancangan terhadap masa hadapan anak tersebut, apakah anda layak mendapat Hak Jagaan Anak? Dendam anda hanya memusnahkan kehidupan seorang anak yang bakal menerajui negara ini.

Idrul Daud, Setapak.

Advertisements

Sembang tentang Hak

Bila sebut tentang hak, teringat satu kisah yang saya alami pada awal 2017. Ketika itulah saya mengenali undang-undang kelurga dan berminat mendalami cabang ilmu tersebut serta mengutarakan beberapa idea bagi penambahbaikan. Semuanya bermula daripada senaskah tuntutan hak jagaan anak.

Ketika menerima helaian tersebut saya terkedu dan menegaskan dalam diri bahawa ini adalah perkara yang tidak masuk akal. Tidak boleh saya terima walau pun hakikatnya pada ketika itu saya tidak begitu serius dalam mengambil keputusan untuk mendapatkan hak jagaan anak dan sekadar mahu mempertahankan hak lawatan dan bermalam yang menjadi kebiasaan amalan-amalan pihak-pihak yang bertelingkah sebelum ini.

Kata hak, jadi kenapa perlu minta izin?

Semasa membaca satu per satu permohonan tersebut telah menjadi tanda tanya saya jika hak perlu minta izin maka apa adakah itu dianggap sebagai HAK. Lalu saya mendiamkan diri dan mengambil pendekatan untuk memahami apakah yang dimaksudkan dengan Hak dari sudut bahasa dan syarak. Ketika itu saya hanya mahu mencari pencerahan berkaitan perkara tersebut dan tidaklah saya kira dengan mencari ilmu itu menjadikan perpecahan di antara manusia jika nilai serta inti pati ilmu itu diambil dengan kedua-dua hati yang terbuka.

Berdasarkan penilitian saya dalam isu ini, Hak itu dapat ditafsirkan daripada sudut Bahasa adalah kuasa atas sesuatu atau berbuat sesuatu, milik atau kepunyaan seperti mana yang ditafsirakn oleh Dewan Bahasa & Pustaka. Hak itu yang asalnya adalah pinjaman daripada bahasa Arab yang jelas membawa maksud sesuatu yang dimiliki secara semula jadi oleh setiap manusia.

Maka, secara mudah kita dapat fahami bahawa hak itu ada kepunyaan milik seseorang atau individu. Tidaklah dikatakan hak jika perbuatan, tindakan atau apa jua perkara yang sepatutnya individu berkenaan boleh lakukan perlu mendapatkan keizinan daripada orang, badan atau institusi lain. Malah di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah disebut mengenai kebebasan diri di mana tidak boleh seseorang individu diambil nyawanya dan dilucutkan kebebasan dirinya melainkan dengan undang-undang.

Di samping itu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mencapai kata sepakat berkaitan Hak Asasi Manusia yang mana telah di buat Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Declaration of Human Rights) pada 10 Disember 1948 di Palais de Chaillot, Paris.

Terdapat banyak pendapat atau pun tafsiran berkaitan hak menurut konsep syarak. Antaranya Ali al-khafif mendefinisikan hak adalah kemaslahatan yang diperoleh secara syara, manakala Mustafa Ahmad az-Zarqa menyatakan bahawa hak adalah suatu kekhususan yang padanya ditetapkan oleh syarak sebagai satu kekuasaan. Menurut Ibnu Nujam seorang ahli Fiqh bermazhab Hanafi menyatakan bahawa hak adalah kekhususan yang terlindung.

Agar Allah menetapkan yang hak (Islam) dan membatalkan yang batil (syirik)….”

Al – Anfal : 8

Dan berikanlah kepada keluarga yang dekat akan hak-nya, kepada orang miskin dan orang yang dalam dan janganlah kamu menghambur-hamburkan hartamu secara boros

Al – Israa : 26

2 perkara yang menjadi rukun kepada hak iaitu pemilik hak dan objek hak. Pemilik hak itu diklasifikasi kepada hak Allah dan hak manusia. Hak Allah merupakan kewajiban bagi manusia yang mana seluruh bentuk tindakan yang mendekatkan diri kepada Allah. Manakala Hak manusia bertujuan untuk memelihara kemaslahatan peribadi manusia.

Masih keliru atau TIDAK MAHU faham?

Sekali lagi saya menerima sepucuk surat bertarikh 9 Januari 2019 yang mana ayat tersebut dengan jelas membawa maksud bahawa hak itu miliknya bukan milik saya. Seolah-olah hak jagaan, lawatan dan sebagainya adalah milik mutlaknya. Sama ada ini yang diajar oleh Peguam Syarienya atau sememangnya kefahaman sempit bersifat dendam dan berniat jahat yang menjadikan usaha-usaha pendamaian tidak akan sama sekali tercapai.

Sesungguhnya tidak mahu diulas lebih lanjut mengenai perkara ini. Secara mudahnya dan logik akal bagi orang yang berfikir adakah boleh kamu menerima sekiranya saya katakan saya akan berikan hak jagaan itu kepada kamu yang mana saya bila-bila masa dan boleh menariknya semula. Sudah tentu kamu tidak setuju, bukan? Jadi apa yang sepatutnya menjadi hak masing-masing perlu sama-sama dipelihara. Bila mana masih lagi memegang konsep yang salah maka itulah yang akan terjadi dua minggu lepas pada 30 Disember 2018 dan juga pada hari ini.

Moga Allah merahmati kita semua dengan mengeluarkan kita daripada dorongan dan jalan yang sesat. Jangan terperdaya bahawasanya kita berada di landasan yang betul sedangkan Allah menganugerahkan kita akan istidraj. Nauzubillah!