Let it go!

“Ayah, ayah nak tengok let it go…..” Teringat kat Nailah dengan gaya pelat dan manjanya tu boleh buat hati yang keras jadi lembut, yang marah jadi tenang, yang panas jadi sejuk. Itulah buah hati pengarang jantung.

Bersungguh tengok video Let it Go, sambil menari dengan gaya yang tersendiri. Ada sahaja telatah yang mencuit hati.

Ilham dari Ilahi

Tatkala itulah seolah mendapat ilham dan hidayah dari Sang Pencipta. Merasakan bahawa keadaan diri sudah terlalu teruk memakan hati dan perasaan. Sehinggakan diri ini dikuasai dan dipenuhi dengan elemen negatif yang merosakkan dan membinasakan diri.

Dua tahun dihimpit kesedihan, apa perlukan setahun lagi? Oh tidak! Tidak sama sekali. Bila mana melihat sahabat handai melangkah lebih jauh, sedang diri ini mengundur kebelakang. Terkandas dengan permainan jijik dan kotor manusia sejagat. Cukup! Enough is enough.

Bila mana berulang kembali peristiwa minggu lalu, sekali lagi ditafsirkan mengikut kehendaknya tanpa ada rasa keinsafan dalam diri, maka sudah aku ketahui bahawa kedegilan itu tidak akan pernah berubah. Keangkuhan dan keegoan itu tidak akan sesekali dapat diperbaiki dan dihalusi.

Al maklumlah selama ini walau pun dirinya berada dalam kesalahan, keadaan masih mengikut kehendaknya. Seperti diberikan istidraj padanya. Hanyut dengan sangkaan dirinya baik rupanya berselumak dengan najis dosa. Kita berdua tidaklah maksum. Keduanya berdosa. Yang bezakan kita adalah mengakui salah bukan terus menerus menyalahkan orang lain. Ego yang tinggi tidak sesekali mahu tunduk.

Bebaskan bukan Menyerah Kalah!

Sebagai peringatan diri sendiri untuk tidak bertegang urat, apatah lagi menyempitkan kepala dengan perkara remeh. Tidak mahu lagi menjadi detektif mencari setiap jawapan atas persoalan yang timbul. Tak guna diper

Advertisements

Published by

drthinker

A father of a daughter, a doctor passionate to be paediatric surgeon, an Muslim Malaysian that's ambitious to see be part of men creating better world

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.