#fatherhood : Respon Salah Tafsiran Peranan Bapa.

Baru-baru ini saya telah dimaklumkan mengenai satu conversation mengenai peranan seorang bapa dalam tumbesaran anak mereka. Pada mulanya saya serba salah, sama nak respons atau tidak. Maklumlah persepktif masyarakat Melayu, bila ditegur sahaja maka mudah melenting. Lebih-lebih lagi yang menegur itu bukanlah dikalangan mereka yang bukan sesiapa, sekadar orang biasa yang seolahnya mempunyai agenda tersendiri.

Namun begitu, hati ini dengan rasa penuh rendah diri memohon hidayah petunjuk kepada Ilahi, memohon agar respons ini tidak mengguris hati namun membuka minda dan hati supaya kesemuanya memperoleh redha Ilahi.

Jesteru itu, jari-jemari ini perlahan-lahan, menekan papan kekunci untuk terus menulis bagi memberikan kefahaman dan ilmu kepada si dia dan seluruh dunia. Moga-moga tulisan itu menjadi rantaian pahala bekalan untuk diri ini. Semuanya bermula atas keyakinan Allah itu ada, maka bacalah kalian respon saya seperti di bawah;


Assalamulaikum w.b.t 

Salam Ramadhan Mubarak

  1. Pertama saya memohon maaf sekiranya mesej ini menganggu puan. Mesej ini sebagai satu perkongsian ilmu dan tidak ada tujuan lain selain menyampaikan ilmu semata-mata. Secara jujurnya saya tak mengenali puan, namun atas dasar menyebarkan ilmu dan kefahaman yang betul dan sahih saya mengambil inisiatif ini. Awal-awal lagi saya tegaskan bahawa mesej ini tidak ada kepentingan peribadi hanya semata-mata perkongsian ilmu sahaja.
  1. Saya telah diberi maklum perihal perbualan puan bersama Norhazirah Bt Mustaffa melalui aplikasi Facebook Messenger bertarikh 5 Disember 2016. Isu berkenaan hubungan bapa dan anak. 
  1. Antara kenyataan yang puan nyatakan (di mana saya simpulkan) tanpa kehadiran bapa di dalam proses pembesaran anak perempuan tidak memberikan implikasi yang tinggi berbanding anak lelaki. 
  1. Atas dasar tuntutan ilmu dan akademik saya perjelaskan salah anggap dan kefahaman ini yang mana persepsi ini sememangnya telah dipasak lama di dalam minda masyarakat kita.
  1. Anak memerlukan kedua ibu dan bapanya sama ada semasa perkahwinan atau selepas penceraian. Tidak ada mana-mana pihak yang lebih berhak ke atas anak itu. Penceraian mungkin memisahkan antara suami dan isteri, namun penceraian itu tidak sama sekali memisahkan ibu atau bapa dengan anak. Parenting will be continue as usual and is an obligation for both of them. 
  1. Sudah menjadi norma dalam masyarakat Malaysia dan dunia bahawa anggapan anak itu ibu lebih berhak ke atas anak itu berbanding bapa sehinggakan anak itu dipisahkan daripada bapa serta berlakunya Parental Alienation yang mana seorang  Child Psychiatric  Dr.  Ricahrd A. Gardener pada tahun 1986 telah memperkenalkan teori berkenaan.
  1. Malah kebanyakan kaum bapa sendiri mempunyai persepsi dan pemikiran sebegitu semasa di dalam perkahwinan. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor iaitu latar belakang pendidikan serta taraf sosioekonomi bapa tersebut. Sehubungan itu, secara tradisionalnya bapa menganggap tanggungjawab dan peranan mereka sebenarnya adalah dalam menguruskan berkaitan perkara asas iaitu tempat tinggal, pakaian dan makanan sahaja. Malah tidak terlintas oleh mereka berkaitan dengan pendidikan emosi, spiritual dan karakter anak tersebut.
  1. Tambahan pula, tidaklah  dinafikan pada awal perkembangan anak dan sifat serta fitrah ibu memberikan kelebihan kepada ibu untuk menjadi penjaga anak tersebut seperti mana dinyatakan di dalam Seksyen 82 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003. 
82 (1) Tertaluk kepada seksyen 83, ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.
  1. Namun begitu, tidaklah menjadikan ibu itu seorang yang lebih berhak berbanding bapa. Selaras dengan Seksyen 84 enakmen yang sama menyatakan lima perkara yang boleh menyebabkan  hak seorang perempuan terhadap hadhanah adalah hilang.
84. Hak seseorang perempuan terhadap hadhanah adalah hilang
        1. jika perempuan itu berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang orang itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika penjagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu tetapi haknya untuk penjagaan akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan;
        2. jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka
        3. jika perempuan itu menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu dari menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu;
        4. jika perempuan itu murtad
        5. jika perempuan itu mencuaikan atau menganiaya kanak-kanak itu.
  1. Fokus utama bagi mana-mana undang bertulis adalah memastikan kebajikan serta  kepentingan anak tersebut (best child interest) dapat diutamakan terlebih dahulu.
  1. Jesteru itu, mana-mana perkara yang berkaitan dengan kepentingan anak tersebut perlulah diberikan perhatian oleh mahkamah sebagai merit bagi memastikan penghakiman dapat dilakukan dengan adil dan saksama. 
  1. Jelas sekali dengan merujuk kepada Seksyen 84 (c) yang mana salah satu faktor menyumbang kepada kehilangan hak jagaan anak bagi seorang perempuan adalah bila mana perempuan itu telah menghalang akses seorang bapa terhadap kanak itu dengan menukar pemastautinannya. Ini merupakan antara ciri-ciri Parental Alienation. (Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai Parental Alienation, boleh lakukan pembacaan sendiri jika berminat)
  1. Sehubungan dengan itu,beberapa kajian berkaitan dengan hubungan antara bapa dan anak serta kesannya. Para ahli akademik dan sarjana telah mengkaji  berkenaan isu ini semenjak 1980 dan sehinggakan beberapa negara maju telah menubuhkan jawatankuasa serta badan khusus sejak tahun 2004 yang mana bertanggungjawab dalam memastikan isu kebapaan (fatherhood) diberikan fokus bagi memastikan tumbesaran anak seimbang dan lebih baik.
  1. Pada Februari 2006, Presiden Bush telah memperuntukkan sebanyak 150 juta dolar bagi setiap tahun sehingga tahun 2010 khusus bagi mempromosikan isu kebapaan dan rumahtangga yang sihat. 
  1. Pada tahun yang sama di bawah pantauan US Department of Health and Human Service, Administration Child, Youth and Families, Child Bureau, Office on Child Abuse and Neglect telah mengeluarkan satu manual panduan berkaitan isu kebapaan iaitu The Importance of Father in the Healthy Development of Children yang mana Jeffrey Rosernberg dan W. Bradford Wilcox bertanggungjawab bagi menyediakan manual panduan tersebut. Ia merupakan satu manual yang komprehensif  terhadap keperluan bapa bagi memastikan tumbesaran anak seimbang dari sudut fizikal, emosi dan mental
  1. Suka saya maklumkan beberapa kajian saintifik yang saya nyatakan di sini berkaitan isu kepentingan penglibatan hubungan bapa dan anak bagi memperkukuhkan lagi kenyataan saya. 
    1. Berdasar satu kajian yang dilakukan oleh Sarah Allen dari University of Guelph pada 2017 kesan positif dan impak yang sangat signifikan apabila ada keterlibatan hubungan  bapa dan anak. 
    2. Dalam kajian berkenaan terdapat beberapa komponen tumbesaran anak yang memberi kesan dan impak yang positif iaitu daripada sudut perkembangan kgnitif, perkembangan emosi, perkembangan sosial, perkembangan kesihatan dan pembentukan karakter,
    3. Menurut Pederasen et all (1979) kanak-kanak yang mana mempunyai keterlibatan yang tinggi di dalam hubungan bapa dan anak didapati lebih baik perkembangan kognitifnya semasa berumur 6 bulan serta skor yang tinggi di dalam Bayley Scales of Infant Development. Malah kanak-kanak tersebut semasa di peringkat toddler di dapati mempunyai kemahiran penyelesaian masalah yang lebih baik (Esterbrooks & Goldberg 1984) serta mempunyai IQ yang lebih tinggi pada usia tiga tahun ( Yongman, Kindlan & Earls 1995).
    4. Selain itu, terdapat perbezaan hubungan komunikasi antara ibu dan anak serta  bapa dan anak  yang apabila anak berkomunikasi dengan bapa anak tersebut lebih suka berkomunikasi dengan lebih lama dan gemar berkomunikasi dengan penggunan kosa kata yang meluas kerana bapa menggunakan banyak pekataan bagi merangsang anak tersebut (Rowe, Cocker & Pan, 2004)
    5. Dari sudut perkembangan emosi pula kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak tersebut kurang mempunyai masalah conduct problems ( Formoso et al, 2007) kurang mengalami tekanan psikologi ( Flouri, 2005) serta mempunyai kemahiran sosial yang lebih kompeten ( Dubowtiz et al, 2001)
    6. Kanak-kanak tersebut juga didapati mempunyai tanda aras kepuasan kehidupan (life statisfaction) yang lebih tinggi. ( Flouri, 2005)
    7. Manakala dari aspek perkembangan sosial pula, berdasarkan kajian Kato et al (2002) mendapati bahawa terdapat hubung kait antara penglibatan bapa di dalam menguruskan kehidupan anak tersebut yang mana anak tersebut secara umumnya lebih kompeten serta matang dalam membuat keputusan dan tindakan.
  1. Terdapat juga beberapa kajian yang menunjukan impak negatif daripada ketiadaan bapa dalam keluarga serta ketidaklibatan bapa secara aktif dalam hubungan bapa-anak. Antara kajian yang popular adalah kajian oleh Sara Maclanahan yang bertajuk The Causal Effect of Father Absence pada tahun 2013. Antara dapatan daripada kajian tersebut adalah:
      1. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ketiadaan bapa menyebabkan kesan terhadap prestasi akademik kanak-kanak dan seterusnya kebarangkalian tinggi untuk tidak menamatkan persekolahan.
      2. Kesan negatif terhadap kesihatan mental yang mana kanak-kanak tersebut mempunyai self esteem yang rendah, mempunyai masalah sikap, cenderung kepada penyalahgunaan dadah dan hamil semasa remaja.
      3. Selain itu, kanak-kanak tersebut juga mempunyai cenderung ke arah keterlibatan di dalam gejala-gejala sosial.
  1. Jelas isu ini bukanlah dianggap enteng dan boleh diperlekehkan. Saya percaya dan yakin bahawa terdapat perubahan sikap dan pemikiran golongan bapa serta peningkatan kesedaran bapa terhadap keterlibatan dalam kehidupan dan perkembangan anak seperti mana dalam satu kajian yang dikeluarkan oleh National Fatherhood Initiative pada 2006. Kajian tersebut mendapati bahawa 99% responden seramai 701 orang menyatakan kepentingan mereka dalam memainkan peranan sebagai seorang bapa. 
  1. Menilai situasi masyarakat Malaysia hari ini yang mana isu kebapaan tidak diambil serius disebabkan oleh beberapa faktor iaitu latar belakang akademik dan status sosioekonomi yang rendah. Selain itu, peranan kerajaan dan bukan kerajaan  masih lai belum memberi fokus terhadap isu berkenaan walaupun terdapat beberapa kajian saintifik yang dijalankan di Malaysia. Kita harapkan para sarjana dan ilmuwan terus membuatkan kajian terhadap isu ini dan seterusnya menyumbang input di dalam pebentukan dasar kerajaan..
  1. Jesteru itu, kenyataan puan pada 5 Disember 2016 adalah tidak tepat. Bahkan kedua-dua anak memerlukan perhatian daipada seorang bapa. Sentuhan dan didikan bapa adalah berbeza dan tidak sama sekali , namun ianya satu komplemetasi di antara satu sama dan lain. Penceraian tidak sama sekali memisahkan hubungan anak dan ibu atau bapa. Penceraian adalah satu keadaan yang mana tiada lagi ikatan antara suami dan isteri bukan membawa maksud memisahkan anak daripada ibu atau bapa.
  1. Diharapkan supaya ilmu yang saya kongsikan ini dapat disebarluaskan kepada seluruh bapa yang puan kenal, sekurang-kurangnya kita mahu kesedaran bapa terhadap peranan di dalam mendidikdan mengasuh anak adalah sangat besar. Tugas mereka bukanlah hanya mencari rezeki dan nafkah sahaja, tanggungjawab mereka lebih besar daripada itu.
  1. Sangatlah sukacita jika isu ini dapat disampaikan kepada kaum bapa yang mana masih di dalam perkahwinan lagi yang mana dengan kesedaran dan tindakan yang diambil akan membuahkan hasil yang lebih bagus berbanding dengan bapa yang mendidik anak selepas penceraian. Kajian menunjukan bahawan kuasa sinergistik antara ibu dan bapa menghasilkan produk kanak-kanak yang berjaya dari pelbagai sudut.
  1. Apabila berlakunya penceraian di dalam satu-satu keluarga maka bermulah ‘perang’ yang mana untuk mereka asing dan pilih hak serta harta benda mereka sehingga mereka menganggap bahawa anak itu juga patut diasingkan dan ditentukan hak. Namun, mereka terlupa bahawa anak itu tidak sama sekali mungkin dipisahkan antara ibu dan bapa.
  1. Kebanyakan para bapa semasa menghadapi isu hak jagaan anak mempunyai 2 sikap iaitu pertahankan atau abaikan secara mudahnya. Berkenaan isu ini telah disebut oleh Peasorn et all berkaitan karakterk bapa selepas berlakunya penceraian iaitu always active dad, activated dad  serta lost and reclaimed dad. Perwatakan always active dad dan activated dad adalah karakter seorang bapa dalam usaha mendapatkan hak jagaan anak manakala lost and reclaimed dad adalah perwatakan bapa yang bersikap abaikan atau ‘tak kisah’. (Saya tak berniat untuk menerangkan lebih lanjut, namun jika ada persoalan saya sedia menerangkan sekadar ilmu yang saya ada). 
  1. Jadi tak timbul soal bila cerai barulah hendak berebut-rebut anak. Bagi golongan ini saya seru banyakkan membaca daripada berkata tanpa ilmu. Gunakanlah organ antara dua telinga kamu. Sesungguhnya tindakan seseorang itu berlaku atas reponse dan stimulasi ke atas emosi dan pemikirannya. 
  1. Hakikiatnya bukanlah di peringkat kami (mana-mana bapa) bermatian untuk mendapatkan hak penuh ke atas penjagaan anak akan tetapi sebenarnya kami mahukan anak tersebut membesar di dalam baik dan sempurna serta bila mana kami mahu berjumpa dengan anak tersebut tidak ada halangan dan kami diberikan ruang dan peluang untuk mendidik dan mengasuh anak tersebut.
  1. Peringatan kepada kaum ibu yang telah atau akan mendapat hak jagaan anak, bahawa kami bukanlah semata-mata ‘bank kedua’ bagi kamu yang mana tanggungjawab dan peranan kami disempitkan terhadap pengurusan nafkah semata-mata. Peranan kami jauh lebih besar daripada itu. Penafian terhadap hak kami tanpa kamu sedari telah mengabaikan hak kanak-kanak tersebut seperti mana deklarasi Convention of the Rights of Child, Geneva 1990.
  1. Sebagai rumusan, sebagai rakyat Malaysia yang inginkan perubahan seharusnya kita meninggalkan segala persepsi dan pemikiran orthodoks berkenaan penglibatan bapa dan anak, malah menjadi satu tanggungjawab sosial untuk memastikan kepentingan anak diutamakan. Semoga Allah berikan hidayah kepada kita semua serta mengizinkan untuk beramal dengan ilmu yang ada. Jadilah manusia yang berjalan dan melangkah menggunakan akal bukan seperti zombi yang punya otak tetapi gagal berfungsi.
Dr ID
18 Mei 2018
2 Ramadhan 1439
Sri Kembangan

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Published by

drthinker

A father of a daughter, a doctor passionate to be paediatric surgeon, an Muslim Malaysian that's ambitious to see be part of men creating better world

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.